Pusingan haid biasanya berlaku hampir separuh usia seseorang wanita, sekurang-kurangnya 2,000 hingga 3,000 hari. Mengikut teori perubatan Cina, tubuh badan seseorang wanita begitu lemah semasa haid dan jika tiada perlindingan dilakukan, ia boleh menjejaskan kesihatan.

Kajian telah membuktikan bahawa 73 peratus wanita mengalami kegatalan pada bahagian sulitnya. Keadaan ini terjadi kerana sering mengguankan tuala wanita yang tak serap udara, biasanya ia diperbuat dengan tiga lapisan- lapisan permukaan, lapisan serapan dan lapisan bawah

 
     
   
     
 

Lapisan Pertama:
Tuala wanita bermutu tinggi sepatutnya mengandungi kapas dengan bahan serapan bagi megelak kulit basah.

Lapisan Tengah:
Mestilah memiliki bahan serap yang kuat agar cecair tidak mengalir keluar bagi mengelak rasa melekit.

Lapisan Ketiga:
mestilah serap udara. Keadaan ini akan menyebabkan bahagian yang lembap menjadi kering supaya kulit tidak terjejas dan keadaan menjadi selesa.

Kesilapan yang biasa dilakukan semasa didatangi haid:

  1. Tidak membasuh tangan semasa memakai tuala wanita. Semasa menukarnya kemungkinan kuman pada tangan akan meresap.
  2. Menyimpan tuala wanita dalam bilik air. Kebanyakan bilik air gelap dan basah. Keadaan ini boleh membiakkan kuman pada tuala wanita yang belum digunakan.
  3. Tidak memberi perhatian pada tarikh luput. Perlu diketahui semakin hampir tarikh luput semakin berkurangan mutunya.
  4. Membeli pada peringkat promosi. Biasanya jualan begitu membabitkan barangan bermutu rendah ataupun barangan lama yang mungkin telah menurun tahap kualitinya.
  5. Menggunakan tuala wanita mengandungi bahan perubatan dan pelbagai perisa. Kebanyakan doktor menasihatkan agar tidak menggunakan tuala yang berperisa kerana ia boleh menjejaskan kulit.
  6. Menggunakannya dalam tempoh lama. Keadaan ini bahaya kerana ia boleh membiakkan kuman. Sebaiknya gunakan tuala wanita hanya dalam tempoh dua jam. Selepas itu ditukar pada yang baru.